Saturday, July 10, 2010

PENGURUSAN MURIDTAHUN 1 ONLINE JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN SISTEM
Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPP) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan jpn_pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online).
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak sekolah perlu menyemak dan mengesahkan permohonan tersebut berdasarkan semakan ke atas beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke Pejabat jpn_pelajaran Daerah melalui aplikasi tersebut.
Jawatankuasa Penempatan Murid di Pejabat jpn_pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan jpn_pelajaran Negeri Selangor (JPNSel) akan bersidang bagi melaksanakan penempatan murid dan keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga secara online. Sekiranya ada keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan terhadap rayuan mengikut mengikut jadual dan peringkat proses yang berkaitan.


Keperluan sistem ini ialah untuk:-
* Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di sekolah, PPD dan
JPN Selangor.
* Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid.
* Mengurangkan kos seperti jpn_penggunaan kertas, sampul surat, setem, dakwat
pencetak dan lain-lain yang berkaitan.
* Mengelakkan kebajiran pelanggan ke PPD dan JPNSel untuk membuat rayuan dan
menyemak keputusan penempatan.
* Memudahkan carian dan semakan status permohonan penempatan, carian rekod murid
dan rumusan penempatan di peringkat sekolah, PPD dan Jabatan jpn_pelajaran
Selangor.

MODUL DALAM APLIKASI ESPP
NAMA MODUL
KETERANGAN RINGKAS
CATATAN

Permohonan jpn_pelajar
Membolehkan permohonan dibuat secara on-line oleh ibu/bapa penjaga dan sekolah

* Pemohon dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen
yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan
Penjaga boleh membuat semakan status permohonan secara online.
Ibu/bapa Penjaga
Sekolah Rendah

Pengesahan Permohonan
* Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan di sekolah yang dipohon dengan
membawa dokumen sokongan berkaitan seperti terkandung dalam senarai semakan.
* Sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan permohonan pendaftaran
* Cetakan dokumen Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 untuk salinan penjaga
dan salinan sekolah.
* Proses perakuan permohonan Sesi Persekolahan 2011 perlu diselesaikan sehingga
30 April 2010 oleh pihak sekolah.

Mencetak Analisis – Analisis permohonan pendaftaran murid- yang telah disahkan oleh pihak sekolah di hantar ke PPD
Sistem akan mengesan permohonan yang tidak disahkan oleh sekolah

Penempatan

Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:-

* Cadangan Sekolah
* Jarak rumah pemohon ke sekolah
* Kehadiran abang/kakak di sekolah tersebut

Jawatan kuasa penempatan murid JPN Sel akan memutuskan mengesahkan penempatan murid.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan dan senarai penempatan
Ibu bapa / penjaga dan pihak sekolah membuat semakan keputusan penempatan .
Ibu bapa / penajaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah pada 1 – 30 Ogos.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem

Rayuan Penempatan

Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online

* Sistem secara akan membuka akses untuk permohonan rayuan
* Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan.
* Perayu dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
* Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan

Pengesahan Rayuan
* Guru Besar Sekolah yang ditempatkan perlu memanjangkan permohonan rayuan melalui online
* Sekolah mengeluarkan perakuan permohonan rayuan penempatan.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan

Penempatan Rayuan

Jawatankuasa Rayuan Penempatan di PPD/ JPN akan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan yang tidak diberi keputusan.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan rayuan dan senarai penempatan murid rayuan. Keputusan rayuan juga boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga.
Ibu bapa /penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah selepas keputusan rayuan diterima.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga kedalam sistem

Pengesahan Pendaftaran

Sekolah mengesahkan murid yang melapor diri mulai hari pertama persekolahan
Sistem akan mengesan murid yang tidak melapor diri dan menyenaraikan sebagai Murid Tercicir selepas 14 hari persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan tindak susul terhadap Murid Cicir berasaskan panduan SPI Bil.14/2002.

No comments:

Post a Comment