Monday, July 19, 2010

BULAN KECERGASAN SK TAMAN BUKIT INDAH

BADAN SIHAT OTAK CERGAS


Monday, July 12, 2010

EMIS DATA GURU


Rakan-rakan cikgu dah boleh tgk data masing-masing..log in guna IC No. dan boleh tukar lepas buka data sendiri..cek data masing-masing. Menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan

Sunday, July 11, 2010

UCAPAN PERHIMPUNAN PAGI ISNIN 12/07/2010 (MAAF DAN MEMAAFKAN) - GPK HEM

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir: "Hari ini, sahabat terbaikku menampar pipiku."

Mereka terus berjalan sampai akhirnya menemukan sebuah oasis. Mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, tapi dia berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu: "Hari ini, sahabat terbaikku menyelamatkan nyawaku."

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir dan sekarang menuliskan ini di batu?" Sambil tersenyum temannya menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu. Dan bila sesuatu yang luar biasa baik terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar takkan pernah bisa hilang tertiup angin."

Dalam hidup ini ada kalanya kita dan orang terdekat kita berada dalam situasi yang sulit, yang kadang menyebabkan kita mengatakan atau melakukan hal-hal yang menyakiti satu sama lain. Juga terjadinya beda pendapat dan konflik karena sudut pandang yang berbeda. Oleh karena itu, sebelum kita menyesal di kemudian hari, cobalah untuk saling memaafkan dan melupakan masa lalu.

TATACARA PENGURUSAN KEBERSIHAN KELAS

Amalan Kebersihan Kelas
Perkara Amalan Pelaksanaan Jadual Kerja Kerjasama dan Tindakan
1. Meja Guru
• Disusun kemas dan dialas dengan rapi
• Sentiasa dibersihkan
JADUAL KERJA
• Awal pagi
• Rehat
• Sebelum pulang
TINDAKAN
• Murid bertugas

2. Meja Murid
• Disusun kemas dan dialas dengan rapi
• Ruang di bawah meja hendaklah sentiasa dibersihkan dan buku/alat tulis disusun
• Susunan meja sentiasa teratur
JADUAL KERJA
• Sepanjang masa
TINDAKAN
• Semua murid
3. Kerusi Guru/Murid
• Pastikan sentiasa bersih dan baik untuk digunakan
• Susunan kerusi kemas dan teratur (kerusi dirapatkan ke meja setiap kali meninggalkan kelas)
JADUAL KERJA
• Sepanjang masa
• Setiap kali meninggalkan kelas dan sebelum balik
TINDAKAN
• Semua murid

4. Papan hitam
• Bersihkan papan hitam
• Bersihkan pemadam papan hitam
• Bersihkan bekas habuk kapur
JADUAL KERJA
• Sebelum pembelajaran bermula
• Selepas digunakan waktu akhir pembelajaran
TINDAKAN
• Murid bertugas harian

5. Papan putih
• Bersihkan papan putih
• Alat tulis disimpan oleh Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas/Guru
JADUAL KERJA
• Setiap kali selepas digunakan
• Selepas penggunaan
• Murid bertugas
• Ketua kelas/ Penolong ketua kelas/ Guru

6. Tingkap
• Sentiasa dibersihkan
JADUAL KERJA
• Awal sesi pembelajaran
TINDAKAN
• Murid bertugas/ Pekerja

7. Papankenyataan
• Sentiasa dikemas kini dengan bahan/ carta yang sesuai
• Pamerkan hasil kerja murid
JADUAL KERJA
• Seminggu sekali/mengikut kesesuaian
• Usaha baik/ cemerlang
TINDAKAN
• Setiap kumpulan mengikut mata pelajaran
• Guru / murid
8. Lantai
• Disapu
• Dilap (mop)
JADUAL KERJA
• Awal sesi
• Waktu akhir
• Seminggu sebelumsemester bermula
• Apabila perlu
TINDAKAN
• Murid bertugas
• Murid/ Guru/ Pekerja

9. Kipas, lampu dan siling
• Dibersihkan
• Padamkan suis lampu dan kipas
• Sebulan sekali
• Sebelum meninggalkan kelas
• Murid dengan pengawasan guru
• Murid/ Guru/ Pekerja

10. Bakul sampah, penyodoksampah,penyapu dan pengelap cermin tingkap
• Diletakkan di tempat yang sesuai
• Sampah dibuang ke dalam tong sampah
JADUAL KERJA
• Selepas digunakan
• Sebelum pulang/ waktu akhir di kelas
TINDAKAN
• Murid bertugas
• Murid bertugas

11. Bahan bantumengajar,komputer,carta, dsb.
• Dibersihkan serta ditutup selepas menggunakannya
• Peralatan yang telah digunakandisusun dan disimpan di tempat yang selamat dan sesuai
JADUAL KERJA
• Setiap kali selepas menggunakannya
TINDAKAN
• Guru/ Murid

12. Kaki lima laluankelas dan longkang
• Dibersihkan
• Awal sesi
• Murid bertugas/ Pekerja

Saturday, July 10, 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRA SEKOLAH TAHUN 2011

Tarikh Permohonan Dibuka: 1 OGOS hingga 31 OKTOBER 2010
Maklumat Kemasukan Murid Pra Sekolah (Syarat-syarat) SILA KE http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=191&Itemid=102
Borang Permohonan Rasmi Kemasukan Murid Pra Sekolah SILA KE http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/images/stories/borang permohonan kemasukan murid prasekolah.pdF
Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon mulai 1 OGOS 2010.
(Tarikh kemaskini 5 April 2010)

PERMOHONAN LEWAT UNTUK PENEMPATAN TAHUN 1 2011

PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1

Permohonan Lewat Hanya dibuka bagi Sesi Ambilan 2011 - selepas tarikh tutup pada 30 April 2010. Ia melibatkan pemohon yang lahir pada 1 Januari 2004 hingga 1 Januari 2005

Sila Masukkan No MY KID Baru atau Nombor Surat Beranak Anak yang hendak didaftarkan / Tahun Kelahiran dan Daerah Dipohon

SILA KLIK LAMAN WEB INI UNTUK TERUS KE SISTEM PENDAFTARAN
http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/permohonan.cfm

PENGURUSAN MURIDTAHUN 1 ONLINE JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN SISTEM
Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPP) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan jpn_pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online).
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak sekolah perlu menyemak dan mengesahkan permohonan tersebut berdasarkan semakan ke atas beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke Pejabat jpn_pelajaran Daerah melalui aplikasi tersebut.
Jawatankuasa Penempatan Murid di Pejabat jpn_pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan jpn_pelajaran Negeri Selangor (JPNSel) akan bersidang bagi melaksanakan penempatan murid dan keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga secara online. Sekiranya ada keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan terhadap rayuan mengikut mengikut jadual dan peringkat proses yang berkaitan.


Keperluan sistem ini ialah untuk:-
* Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di sekolah, PPD dan
JPN Selangor.
* Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid.
* Mengurangkan kos seperti jpn_penggunaan kertas, sampul surat, setem, dakwat
pencetak dan lain-lain yang berkaitan.
* Mengelakkan kebajiran pelanggan ke PPD dan JPNSel untuk membuat rayuan dan
menyemak keputusan penempatan.
* Memudahkan carian dan semakan status permohonan penempatan, carian rekod murid
dan rumusan penempatan di peringkat sekolah, PPD dan Jabatan jpn_pelajaran
Selangor.

MODUL DALAM APLIKASI ESPP
NAMA MODUL
KETERANGAN RINGKAS
CATATAN

Permohonan jpn_pelajar
Membolehkan permohonan dibuat secara on-line oleh ibu/bapa penjaga dan sekolah

* Pemohon dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen
yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan
Penjaga boleh membuat semakan status permohonan secara online.
Ibu/bapa Penjaga
Sekolah Rendah

Pengesahan Permohonan
* Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan di sekolah yang dipohon dengan
membawa dokumen sokongan berkaitan seperti terkandung dalam senarai semakan.
* Sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan permohonan pendaftaran
* Cetakan dokumen Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 untuk salinan penjaga
dan salinan sekolah.
* Proses perakuan permohonan Sesi Persekolahan 2011 perlu diselesaikan sehingga
30 April 2010 oleh pihak sekolah.

Mencetak Analisis – Analisis permohonan pendaftaran murid- yang telah disahkan oleh pihak sekolah di hantar ke PPD
Sistem akan mengesan permohonan yang tidak disahkan oleh sekolah

Penempatan

Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:-

* Cadangan Sekolah
* Jarak rumah pemohon ke sekolah
* Kehadiran abang/kakak di sekolah tersebut

Jawatan kuasa penempatan murid JPN Sel akan memutuskan mengesahkan penempatan murid.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan dan senarai penempatan
Ibu bapa / penjaga dan pihak sekolah membuat semakan keputusan penempatan .
Ibu bapa / penajaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah pada 1 – 30 Ogos.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem

Rayuan Penempatan

Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online

* Sistem secara akan membuka akses untuk permohonan rayuan
* Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan.
* Perayu dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
* Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan

Pengesahan Rayuan
* Guru Besar Sekolah yang ditempatkan perlu memanjangkan permohonan rayuan melalui online
* Sekolah mengeluarkan perakuan permohonan rayuan penempatan.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan

Penempatan Rayuan

Jawatankuasa Rayuan Penempatan di PPD/ JPN akan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan yang tidak diberi keputusan.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan rayuan dan senarai penempatan murid rayuan. Keputusan rayuan juga boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga.
Ibu bapa /penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah selepas keputusan rayuan diterima.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga kedalam sistem

Pengesahan Pendaftaran

Sekolah mengesahkan murid yang melapor diri mulai hari pertama persekolahan
Sistem akan mengesan murid yang tidak melapor diri dan menyenaraikan sebagai Murid Tercicir selepas 14 hari persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan tindak susul terhadap Murid Cicir berasaskan panduan SPI Bil.14/2002.

MATLAMAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH SK TAMAN BUKIT INDAH - 2010


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH
MATLAMAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
SK TAMAN BUKIT INDAH - 2010  
1.        Menjadikan SK Taman Indah sebagai sebuah institusi pendidikan yang     mempunyai sebuah kantin yang ceria, berkualiti, dan mesra pelanggan. 
2.        Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian di kalangan warga sekolah. 
3.        Meningkatkan keprihatinan warga sekolah terhadap kantin sekolah. 
4.        Mewujudkan suasana kantin sekolah yang kondusif. 
5.        Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bertoleransi dengan pihak kantin untuk mencapai matlamat amalan mesra kantin. 
6.        Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan kantin sekolah.    

MOTTO KANTIN SK TAMAN BUKIT INDAH
GENERASI BERILMU, SIHAT DAN PROGRESIF

TATACARA PENGURUSAN KANTIN
SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN DENGAN PEGAWAI LAIN (KANTIN)
 
TUGAS PEGAWAI ATAS YANG ADA HUBUNGAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KUASA YANG DIBERI
TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI LAIN YANG ADA HUBUNGAN SERTA JENIS TUGAS
Guru Besar
Bertanggugjawab untuk memastikan; 
·    Kantin sentiasa selamat, bersih
    dan ceria
·    Memastikan semua kemudahan di
    kantin sentiasa bersih, selamat dan
    berfungsi
·    Memastikan peraturan-peraturan
    yang disediakan dipatuhi
·    Setiap kes yang disyaki keracunan  
    makanan dilaporkan segera   
    kepada pihak-pihak berwajib
    mengikut peraturan-peraturan yang
    berkuat kuasa.
·    memastikan kandungan buku
    Panduan Pengurusan Kantin
    Sekolah dipatuhi
·    Memastikan pengusaha kantin
    seboleh-bolehnya menyediakan
    makanan bermasak di kantin.
·    Memastikan pengusaha kantin
    mengambilkira kepentingan agama
    pelanggan apabila menyedia serta
    menyimpan makanan dan  
    minuman
·    Pengusaha kantin menyedia serta
    menjual makanan dan minuman
    yang halal
·    Pengusaha kantin tidak  
    memelihara haiwan atau
    membiarkan berkeliaran di
    kawasan kantin sekolah
·    Pengusaha kantin menjual
    makanan makanan mengikut   
    kontrak     
·    Pengusaha kantin mempunyai
    lesen perniagaan yang sah 
 1.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/19
Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah

 2.  Surat Pekeliling  Ikhtisas Bil. 1/1981
Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

3.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983
Kantin Sekolah

 4.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998
Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah

5.        Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj:
KP10102/14/012(55).
Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Kersajaan Dan Perlantikan Jawatankuasa Sebut Harga.
·    GPK HEM
·    Penyelia Petang
·    Guru Kantin
·    Wakil guru
·    Wakil Pelajar (Pengawas)
·    Pengusaha Kantin
PK HEM
PK Petang
Guru Kantin
S/u JK Kantin
 ·    Membantu Pengetua dalam usaha
     menyelia kantin dan
     bertanggungkjawab untuk
     memastikan;
·    Kebersihan, kemudahan, alat
    kelengkapan dan kawasan
    persekitaran kantin
·    Kebersihan, mutu, khasiat, dan
    keselamatan makanan yang
    dijual
·    Harga berdasarkan perjanjian
·    Keselamatan di kantin sekolah
·    Kesopanan, kebersihan dan
    kesihatan pengendali makanan
·    Menyediakan laporan harian kantin
·    Pelajar sentiasa bersopan santun
    dan mengamalkan pekerti yang
    baik semasa berada di kantin
·    Makanan dan minuman yang dijual  
    mencukupi
·    Kantin dikendalikan dengan cekap
    dan efisyen
 1.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976·        Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah

2.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981
Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

 3.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983
Kantin Sekolah

 4.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998
Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah
·    Penyelia Petang
·    Guru Kantin
·    Wakil guru
·    Wakil Pelajar (Pengawas) 
PENGUSAHA KANTIN
Bertanggungjawab untuk memastikan ·    Lesen Perniagaan yang sah
   diperolehi dari Pihak Berwajib
·    Kontrak dengan pihak sekolah
    Dipatuhi
·    Amalan kebersihan dan
    keselamatan di kantin sentiasa
    dititik beratkan
·    Akta Makanan 1983 dan
    Peraturan-peraturan Makanan
   1985 dan peraturan lain
   pengurusan kantin sekolah yang
   berkuat-kuasa dipatuhi.
·  Makanan yang dijual sentiasa
   bersih, bermutu, berkhasiat dan
   selamat
·    Pengendali makanan telah
    menjalani pemeriksaan kesihatan,
    menghadiri kursus pengendalian  
    makanan dan dalam keadaan
    sihat
·    Pengendali makanan
   mengamalkan tabiat yang sihat
   semasa bertugas
·    Pengendali makanan berpakaian
    bersih, sopan dan lengkap semasa
    bertugas
·    Bangunan kantin, kemudahan lain
   dan kawasan persekitaran sentiasa
   dalam keadaan bersih, ceria dan   
   selamat
·    Pengendali makanan sentiasa
    berbudi bahasa semasa melayani
    pelanggan
·    Makanan bermasak disediakan di kantin sekolah
·    Kantin tidak dijadikan sebagai
    tempat kediaman
·   Tidak memelihara haiwan atau
    berkeliaran di kawasan kantin
·    Kantin dikendalikan dengan cekap
   dan efisyen
·    Kepentingan agama pelangan
    diambilkira semasa membuat
    persediaan dan menyimpan  
    makanan dan minuman
·    Menjual hanya makanan dan
    minuman yang halal
·    Pengendali makanan telah diakui
    sihat oleh Pegawai Perubatan
·    Semua pebngendali makan
    berpakaian sopan, lengkap dan
    bersih
·    Pengendali makan menjaga
    kebersihan diri dan mengelakkan
    amalan-amalan yang boleh
    menyebabkan pencemaran
    terhadap makan dan minuman
·    Semua pengendali makanan telah
    diberi pelalian Tifoid dan sihat  
    semasa mengendalikan
    makanan
·    Pengendali makanan telah
    menghadiri Kursus Pengendalian
    Makanan
·    Segala panduan dan peraturan
    seperti yang terkandung dalam
    Buku Panduan Pengurusan Kantin
    Sekolah dipatuhi
·    Makanan dan minuman dari luar
    sekiranya perlu hendaklah bersih,
    bermutu, berkhasiat dan selamat
    untuk dimakan.Maklumat mengenai
    pembekal dari luar hendfaklah
   dimaklumkan kepada jawatankuasa
   kantin sekolah 
1.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976·        Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah

2.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 
Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

3.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983
Kantin Sekolah

4.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998
Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah
  
·    Pengendali Makanan

SENARAI SEMAK HARIAN PEMANTAUAN PENYEDIAAN MAKANAN SIHAT 
JENIS MAKANAN
YA
TIDAK
CATATAN
1.       Makanan yang direbus, dikukus, dipanggang          atau dibakar dihidangkan 
2.       Minyak masak sayuran digunakan. 
3.       Santan yang tidak terlalu pekat digunakan. 
4.       Daging dibuang lemak 
5.       Ayam dibuang kulit 
6.       Minyak yang baru digunakan setiap kali memasak 
7.       Makanan tidak terlalu berminyak 
8.       Minuman, bubur, kuih-muih yang dihidangkan tidak terlalu manis 
9.       Makanan tidak terlalu masin 
10.   Tulang, ikan bilis, kacang soya dan rempah digunakan menggantikan kiub perasa di dalam sup 
11.   Pelbagai jenis buah-buahan segar dijual 
12.   Sekurang-kurangnya 1 sudu daging atau gantian dan satu sudu sayuran terdapat di dalam hidangan mee atau makanan seumpamanya 
13.   Sekurang-kurangnya 4 keping timun atau nanas dihidangkan bersama nasi ayam 
14.   Timun tomato ditambah pada sandwich 
15.   Makanan dihidangkan sebaik selepas dimasak  



                           REKOD HARIAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN MAKANAN KANTIN


KEPUTUSAN
 ULASAN
TINDAKAN YANG DIAMBIL
YA
TIDAK
1
Semua Kesihatan Pengendali Makanan baik?




2
Semua pengendali makanan mencuci tangan.





Sebelum kerja ?





Semasa Kerja ?





Selepas Kerja ?




3
Suhu peri sejuk (Refrigerator) (0 – 5 0C




4
Suhu peti ais (freeze) (< - 180C)




5
Cuci perkakas dapur





Papan pemotong





Pisau pemotong






Meja Penyediaan




6
Cuci dapur





Lantai





Peti Sejuk (luar)





Peti Sejuk (dalam)





Peti ais (luar)





Peti ais (dalam)





Kepala paip





Pemegang pintu




7
Kawalan makhluk perosak





Perangkap tikus dipasang





Kertas pelekat dipasang untuk lalat/tikus









ISU BERKENAAN PENJUALAN MAKANAN RINGAN DAN MINUMAN BERGAS
Berita Harian Online
Kantin sekolah Selangor ditegah jual minuman gas
KLANG, Rabu - Semua pengusaha kantin sekolah di Selangor diarahkan supaya berhenti daripada menjual minuman berkabonat dan meletakkan mesin minuman bergas di kantin masing-masing.

Pengusaha kantin yang didapati mengabaikan peraturan itu akan dikenakan tindakan sama ada kontraknya dibatalkan atau didakwa di mahkamah mengikut Akta Makanan yang boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.
Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Hadi Alias, berkata larangan menjual minuman berkabonat dan menggunakan bahan pewarna itu sudah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan kepada pengusaha kantin sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, untuk memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan itu, pengetua diminta memeriksa kantin di sekolah masing-masing dan memberi peringatan kepada mereka yang mengabaikan peraturan itu.

"Kita akan memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Daerah untuk mengingatkan pengetua sekolah mengenai larangan ini," katanya. Mengikut garis panduan kantin sekolah, makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah ialah yang melanggar Peraturan Makanan 1985 termasuk gula-gula dan biskut berkrim, semua jenis makanan yang dijeruk, semua jenis makanan yang berbentuk permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar dan belon, rokok, makanan yang mengandungi alkohol dan bahan seumpamanya serta makanan yang melampaui tarikh hayat.