SMART SHARING WITH HEM IAB

KLIK PADA LOGO DI ATAS UNTUK CAPAIAN TERUS KE BLOG JABATAN HEM
ISTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS 


LAPORAN LAWATAN KERJA  KE SK TAMAN BUKIT INDAH, AMPANG
20 FEBRUARI 2012
 AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
 Keselamatan
  • Penolong Kanan HEM sampai awal dan memantau ketibaan murid-murid di luar pintu masuk sekolah.
  • Dua orang pengawal keselamatan sukarela mengawal trafik untuk membantu murid melintas jalan masuk ke kawasan sekolah.
  • Penglibatan YDP PIBG dalam perhimpunan – memberi nasihat kepada murid.
  • Guru Bertugas tunggu di sekolah sehingga semua murid balik walaupun ada ibu bapa lewat sampai ke sekolah.
Keceriaan
  • Lawatan ke bilik-bilik pengurusan HEM: Bilik Unit HEM, Bilik kaunseling, dan Bilik Pemulihan Khas.  Bilik-bilik khas ini kemas, terus dan mempamerkan maklumat yang berguna.
  • Keceriaan sekitar sekolah Kawasan sekolah dihias dengan cantik dengan sudut-sudut maklumat untuk murid dan pelawat.  Antara bahan / tema pameran: Ciri-ciri murid yang berdisiplin, Jiwa Murid, Bahaya rokok dan Bahaya dadah.
  • Kawasan sekolah dan tandas bersih.
Kebajikan
  • Rancangan makanan tambahan – peruntukan tidak cukup untuk menyediakan makanan murid mengikut menu yang ditetapkan.  Sekolah minta Pengusaha Kantin beramal.
  • Kes keracunan makanan di sekolah boleh menjejaskan permohonan sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Isu / Masalah yang dibincang
  • Ibu bapa lewat mengambil anak selepas waktu persekolahan berakhir.
  • Masalah antara ibu bapa – datang mengambil anak tanpa pengetahuan satu pihak.
  • Tindakan disiplin terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.
Laporan Pn. Chai Sai Hon
6 Mac 2012
Beberapa buah foto telah mengabadikan kenangan lawatan…

# 1 ~ Pandangan dari pintu utama SK Taman Bukit Indah

#2~ Sesi Perhimpunan Hari Isnin : Barisan pendidik yang berdedikasi
#4~ YDP PIBG berkempen tentang budi bahasa dan kebersihan
#5~ YDP PIBG berjabat tangan dengan Ketua Jabatan JPHEMK setelah selesai khidmat komunitinya dalam perhimpunan
#6~ Kenangan bersama Barisan Pentadbir SKTBI dengan Pensyarah kanan JPHEMK, IAB
#7~ Bertukar cenderamata
#8~ Mendengar taklimat di Bilik Gerakan
LAWATAN LAPANGAN
 LALUAN ANTI DADAH / ROKOK




KEBETULAN BERTEMU PULA DENGAN WARIS…