Wednesday, February 29, 2012

PERAKUAN KE DG 41

BAGI GURU YG TELAH DITEMUDUGA / BELUM TEMUDA ATAU BARU HABIS PENGAJIAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT BAGI URUSAN PERAKUAN KILIK DISINI

Tuesday, February 28, 2012

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM1

Tarikh : 1 Februari - 30 April  2012
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun
 

Berminat untuk menyertai:
 
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
(Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)

2) Perkhemahan PERMATA Insan
(Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)

3) Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
(15 Tahun Sahaja)

4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
(untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar

Pendaftaran:

a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga

Jangka masa ujian: 1 jam 30 minit

Monday, February 27, 2012

JADUAL UJIAN FASA 1 TAHUN 2012

JADUAL UJIAN FASA TAHUN 4,5 DAN 6
JADUAL UJIAN FASA TAHUN 3 SAHAJA
 *MAKLUMAN MURID TAHUN 1 DAN TAHUN TIDAK TERLIBAT DALAM UJIAN FASA YANG DIADAKAN INI HARAP MAKLUM.

Tuesday, February 21, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE 2012-2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH : 01 MAC HINGGA 30 APRIL 2012

Masa                    :        Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
Tempat                :        Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen)
Kelahiran pada   :        02.01.2006 - 01.01.2007  ( Sesi Persekolahan  2013 )
                                      02.01.2007 - 01.01.2008  ( Sesi Persekolahan  2014 )

Sila bawa bersama    :           
1. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat (asal + salinan)
2. Bil Letrik/Bil Air -sebagai bukti alamat
3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4. Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Hak Penjagaan Anak (asal +salinan)
5. Sampul surat bersetem  bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
                                                                                      

Permohonan boleh diisi melalui pautan aplikasi dalam talian perkara di atas yang di sediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor. Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta  dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.
IMEJ DIBAWAH AKAN MEMBAWA ANDA TERUS KE APLIKASI PENDAFTARAN
TANPA PERLU MELALUI APLIKASI JABATAN PELAJARAN
(HANYA AKTIF PADA 1 MAC 2012)
 

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012

PIHAK IBU BAPA BOLEH MEMUAT TURUN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012 DI SECTION
DOWNLOAD DOKUMEN HEM ITEM TERAKHIR ... PERINGATAN TAKWIM HANYLAH PERANCANGAN AWAL TAHUN DAN MUNGKIN AKAN ADA PINDAAN DAN JUGA PERUBAHAN...YANG TAK AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI BLOG INI...SEKIAN HARAP MAKLUM . BLOEH KLIK DISINI UNTUK TERUS MUAT TURUN TAKWIM 2012

Saturday, February 11, 2012

INFORMASI ROTAVIRUS

Apa itu Rotavirus?

Ketika ini kita dikejutkan dengan 2 kematian yang disebabkan Rotavirus dan lebih 2 ribu kanak-kanak menghidapi virus tersebut di sekitar Hilir Perak.. Baca SINI.. ia perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berusia bawah 10 bulan.. apa yang anda perlu lakukan?

1. Kenali apakah itu Rotavirus
2. Tahu simptom-simptom penyakit ini
3. Dapatkan vaksin rotavirus dengan segera
4. Cara untuk mengelak dijangkiti wabak rotavirus


Info Vaksin Rotavirus


Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Menurut Dr. Faridah, Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Anda boleh baca maklumat tambahan ttg vaksin rotavirus di http://en.wikipedia.org/wiki/Rotavirus_Vaccine_Program

Simptom Rotavirus

Tanda-tanda awal: sakit perut, tak ada selera makan, cirit-birit, demam panas

Cara Mencegah Wabak Rotavirus.
  • masak air sebelum di minum
  • basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
  • bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
  • kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
  • masak dengan sempurna
  • bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..
Marilah kita sama-sama mengambil perhatian tentang wabak ini.. Semoga anak2 kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera..

Thursday, February 2, 2012

INSTRUMEN PENILAIAN BAGI ANUGERAH PERSATUAN PIBG 2011


Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu anugerah akan dipertandingkan bagi menghargai PIBG di sekolah tuan. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan berminat untuk menyertai pertandingan ini,
sila isi borang penilaian kendiri ( dilampirkan ) dan hantar semula melalui emel atau 'hard copy' ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, PPDG  sebelum atau pada jam 12.00 tengahari , 10 Februari 2012.


Penglibatan tuan dalam program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
UNTUK MUAT TURUN INSTRUMEN KLIK DI SINI