Sunday, July 24, 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH UNTUK SESI 2012

KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH

1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
       - Guru Besar - Pengerusi
       - GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang PPM - Pencatat
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarta Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
6 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE

 
Perkara yang perlu di bawa bersama semasa menghantar borang permohonan 

1)Sijil lahir asal dan fotostat
2)Salinan fotostat bil air / elektrik / asto / dll (untuk pengesahan alamat)
3)Satu salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga
4)Sampul surat (6x9) beralamat sendiri serta setem RM1
5)Satu salinan sijil nikah atau surat cerai
6)Satu salinan slip gaji / penyata pendapatan bulanan terkini

Wednesday, July 20, 2011

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2012


KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK TERUS KE SISTEM SEMAKAN ONLINE