Thursday, July 19, 2012

TATACARA MEMBUKA SEBUT HARGA KANTIN 2013

BAGI TAHUN 2013 TATACARA MEMBUKA SEBUT HARGA BAGI TENDER KANTIN ADALAH SELARAS DAN SERAGAM. BUKAN SAHAJA BAGI SEKOLAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR MALAH DI SELURUH MALAYSIA. PERKARA INI ADALAH KERANA BAGI MENGELAKKAN SEBARANG TINDAKAN LUAR JANGKA YANG MUNGKIN AKAN DI AMBIL OLEH PEMBIDA SEBUT HARGA YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN PEMBERIAN TENDER EKORAN DARI PROSEDUR MEMBUKA SEBUT HARGA YANG TIDAK SELARAS ANTARA SEKOLAH DAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEPERTI DALAM PEKELILING DAN AUDIT NEGARA. BERIKUT ADALAH SERBA RINGKAS TATACARA DALAM MEMBUKA SEBUT HARGA KANTIN.
TINDAKAN PELANJUTAN PENYEWAAN KANTIN SEKOLAH (2+1) TAHUN 2013


TARIKH


TINDAKAN  PELANJUTAN PENYEWAAN  KANTIN SEKOLAH

15.07.2012
hingga
31.07.2012


Pengusaha kantin dua tahun perkhidmatan dan berminat untuk menyambung perkhidmatan perlu menghantar surat permohonan kepada pihak sekolah (Tidak layak bagi pengusaha yang telah diberi tambahan satu tahun atau disambung).


01.08.2012
hingga
15.08.2012


Jika terdapat permohonan daripada pengusaha kantin,  J/Kuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin hendaklah bermesyuarat untuk membuat keputusan menyambung perkhidmatan atau sebaliknya dan hantar surat rasmi jawapan kepada pengusaha kantin yang memohon.


16.08.2012
hingga
31.08.2012

Bagi perkhidmatan kantin yang disambung satu tahun lagi mesti buat perjanjian tambahan setahun pada bulan November 2012 (Seperti dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Edisi 2011, muka surat 101-102).

                                            
BAGI SEKOLAH TERLIBAT PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA (TAHUN 2013-2014)


TARIKH


TINDAKAN  SEBUT HARGA  KANTIN SEKOLAH 2013 HINGGA 2014

16.08.2012
hingga
31.08.2012

Jawatankuasa kantin sekolah bermesyuarat persediaan buka sebut harga baru. Jawatankuasa Teknikal perlu menyediakan borang sebut harga  dan notis sebut harga. Sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin edisi 2011 m/s 84 – 91.


01.09.2012
hingga
30.09.2012




Sebut harga kantin tahun 2013-2014 dibuka kepada orang ramai mulai 1.9.2012 hingga 30.9.2012 (Notis sebut harga perlu disebarkan dengan menampal notis di tempat-tempat awam yang sesuai).

Borang sebut harga boleh diperolehi di pejabat sekolah pada waktu pejabat dan diberi percuma.

Semua permohonan dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang berkunci.

Pada jam 12.00 tengahari 30.9.2012 permohonan sebut harga ditutup.


01.10.2012
hingga
07.10.2012

Jawatankuasa Buka Sebut Harga bermesyuarat dan membuka peti sebut harga.

Semua sampul sebut harga dibuka dan direkodkan
·  Jawatankuasa Buka Sebut Harga:-
  Pengerusi   : PK Pentadbiran
   Setiausaha  : Guru kantin
  AJK             : Seorang guru


08.10.2012
Hingga
25.10.2012

Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin bermesyuarat dengan meneliti senarai pemohon dan memilih pembida (pemohon) yang berjaya.

·  Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin:-
  Pengerusi : Pengetua/G. Besar
  Setiausah : PK HEM
  AJK           : Penolong Kanan
                      Guru Penolong
                      Wakil JPN/PPD (Sek. Rendah Sahaja)


Had Amaun
Sebut Harga

Organisasi

Pengerusi

Ahli




Sehingga
RM200,000.00

Sekolah Menengah PTJ/Bukan PTJ

Pengetua

Sekurang-kurangnya dua (2) pegawai kanan Sekolah


Sekolah Rendah PTJ/Bukan PTJ

Guru Besar

Dua orang pegawai kanan sekolah

Seorang wakil JPN/PPD Kumpulan Pengurusan dan Profesional
·         Guru Besar dipohon menghantar surat jemputan kepada wakil JPN/PPD (DG41 ke atas) untuk menghadiri mesyuarat sebut harga kantin dan mengesah kehadirannya pada hari mesyuarat.

  • Selepas sahaja mesyuarat sebut harga kantin, minit mesyuarat sebut harga kantin dan borang lampiran 2, mesti dipos laju SEGERA kepada Pegawai Pelajaran Daerah (u.p:                        ).

26.10.2012
hingga
08.11.2012

Keputusan mesyuarat sebut harga kantin dihantar ke Unit HEM, PPD untuk dimasuk ke pengkalan Data Petender Kantin di Jabatan Pelajaran Kelantan


09.11.2012
hingga
15.11.2012

Pembida (Pemohon) yang berjaya dimaklumkan melalui surat yang disediakan oleh pihak sekolah. Salinan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Hantar surat kepada pembida yang tidak berjaya dan wang pertaruhan dikembalikan

Perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dibuat selama 24 bulan
(1 Disember 2012 – 30 November 2014), sila rujuk perjanjian penyewaan kantin sekolah dalam buku panduan pengurusan kantin edisi 2011 m/s 92-100.

16.11.2012
hingga
29.11.2012


Pengetua/Guru Besar memanggil pembida yang berjaya untuk berbincang tentang perkhidmatan pengurusan kantin sekolah.

Pengetua/Guru besar menyerah kunci kantin kepada pengusaha berjaya. (Pastikan bayaran sewaan, Deposit kantin, Deposit Air, Elektrik dibayar oleh petender kantin dan dikeluarkan resit).
                                                                                                                                      
SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN KIT PROSEDUR TENDER KANTIN ... SEBAGAI MEMBALAS JASA SAYA ... SILA COMMENT PADA GUESTBOOK DAN JADILAH FOLLOWER BLOG INI YE .....

 

7 comments:

  1. Terima kasih atas panduan tender baharu. Sesuai tak ditukarkan kepada tender kedai buku? Saya HEM baru belajar.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU. ALLAH JUA YANG MEMBALAS KEBAIKAN CIKGU.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ...moga Allah memberkati segala usaha cikgu..

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH CIKGU... TERBAIK..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian, boleh saya minta bantuan contoh minit mesyuarat buka tender baru. saya baru hendak belajar buat tender ini.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  7. saya mohon ambil contohnya ya.. terima kasih

    ReplyDelete