Tuesday, July 31, 2012

MYDISTRESS – Aplikasi Pintar Dari PDRM

Terbaharu dari PDRM mereka menyediakan satu aplikasi khas yang diberi nama MyDistress untuk pengguna iPhone. Aplikasi ini bertujuan membantu rakyat apabila menghadapi situasi mencemaskan dan berada didalam keadaan yang merbahayakan. Bagi aku aplikasi ini sangat bagus dan menyediakan perkhidmatan terpantas apabila didalam kesusahan. Ye lah kan bila seseorang berada dalam keadaan cemas dah tak ingat dah nak call polis kadang-kadang tu sampai nombor polis 999 pun boleh lupa. Apabila menggunakan aplikasi ini korang tak perlu nak mendail atau bercakap dengan polis cuba hanya menekan satu butang dan segala maklumat tentang lokasi anda akan disambungkan ke Polis PDRM.
Aplikasi ini dibekalkan kepada pengguna secara percuma oleh NKRA Polis Selangor dan buat masa ini kawasan liputan hanya untuk Selangor sahaja. Mungkin ini baru permulaan dan aku percaya jika aplikasi ini mendapat sambutan pihak mereka pasti akan meluaskan liputan ke seluruh Malaysia.
Download Apps MYDISTRESS : http://itunes.apple.com/my/app/mydistress/id449839694?mt=8


Penting apabila ada aplikasi seperti ini adalah bertujuan membantu kita dalam keadaan kecemasan dan meminimakan ancaman jenayah terdahap diri kita. Perlu diingatkan aplikasi ini supaya berhati-hati apabila menggunakannya. Jangan sesekali klik butang bantuan jika tiada apa-apa masalah yang berlaku. Ianya sama juga kita membuat panggilan palsu ditalian 999 kalau kita salah gunakannya. Ingatkan pada anak-anak yang dibawah umur dan bantu mereka bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini.
Jom muatturun sekarang : http://itunes.apple.com/my/app/mydistress/id449839694?mt=8

Free
Category: UtilitiesUpdated: 22 August 2011
Current Version: 1.2
1.2 (iOS 4.0 Tested)
Size: 6.3 MB
Language: English
Developer: Convep Mobilogy Sdn. Bhd.
© Convep Mobilogy 2011
Rated 4+
Remark : Pengguna iPhone, Andriod, BlackBerry dan J2ME  turut boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma disini

No comments:

Post a Comment