Tuesday, May 21, 2013

INFO BERKAITAN TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) DAN SKIM INSURAN MURID SEKOLAH (SIMS)



Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah penambahan kepada Takaful Pelajar Sekolah Malaysia  (TPSM) RM 1.50 bagi tujuan keselamatan pelajar yang menggunakan pengangkutan bas sekolah yang meliputi :
1. Murid di sekolah yg berdaftar dgn kemeterian
2. Murid yg menaiki kenderaan pengangkutan bas sekolah yg berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

APA ITU TPSM

1. TPSM adalah milik Kementerian Pelajaran Malaysia manakala SIMS adalah Milik SPAD
2. TPSM melindungi murid 24 jam di seluruh dunia
3. Skop perlindungan TPSM
    a. Mati akibat kemalangan : RM 5000
    b. Lumpuh kekal akibat kemalangan di dalam atau luar sekolah : RM 15000
    c. Terpisah atau putus anggota badan atau hilang penglihatan : RM 15000
         -Tangan atas pergelangan ke atas
          -Kaki buku lali ke aras
           -Jika sebelah dapat separuh
     d. Khairat kematian :RM 1000
     e. Elaun tunai hospital : RM 25 sehari sehingga 60 hari di hospital kerajaan dan swasta
      f. Elaun kerusi roda  RM 1000 , ibu bapa dahulukan dulu duit dan tuntut balik dengan takaful       
          dengan pengesahan dr pakar ortopedik

Pengecualian : 
sukan bahaya ski air polo perlumbaan motor
Kurang upaya sedia wujud
Bunuh diri
Penyakit atau wabak
Jika aktviti bhaya oleh pihak sekolah yg mendapat kelulusan kpm takaful akan bayar kecuali murid sertai sendiri

Tatacara tuntutan
1. Buat makluman awal kepada takaful melalui emel atau surat 30 Hari tarikh kemalangan
2. Muat turun borang tuntutab di www.takaful-malaysia.com.
3. Jika kemalangan melibatkan bas sekolah murid boleh claim dua skim tpsm dan sims
4. Penting utk pihak sekolah melengkapkan lampiran A utk pembayaran tuntutan gb kena tentukan siapa yg dapat wang tuntutan
5. Untuk sims lampiran A siapa yg menerima tuntutan akan dilakukan oleh spad
6. Dokumen penting utk tpsm borang tuntutan laporan polis salinan permit kubur sijil kematian  lampiran dan covering letter dari sekolah.  semua dokumen perlu pengesahan sekolah
7. pelajar yg kemalangan akibat menunggang tanpa lesen tidak dapat tuntutan

SKIM SIMS
1. Milik spad dan penglibatan sekolah adalah terhad sebagai pengesahan sahaj
2. Tujuannnya adalah galakkan ibu bapa utuk gunakan bas sekolah berlesen dan lumpuhkan    lambakan bas sekolah haram
3.Tertakluk di malaysia, indonesia, singapura, thailand dan brunie sahaja jika ada rombongan ke sana
4. Jenis jenis tuntutan boleh rujuk hand out dari takaful menerusi gambar di bawah
5. Tindakan akan dimbil oleh ibu bapa dan pengusaha bas yang akan buat makluman awal kepada spad dan takaful malaysia kemudian print borang dr web takaful dan bawa ke sekolah utk pengesahan
6. Dokumen tuntutan adalah seperti lampiran dr takaful
7. Ada borang baru iaitu borang kredit terus iaitu duit akan dimasukkan dalm akaun24 jam bg elaun hospital dan khairat kematian
8. Sims pengesahan gb atau mana mana gpk pun boleh buat pengesahan
9. Utk tahu bas tersebut berdaftar dengan spad atau tidak semak di laman web spad no plat bas berkenaan
10. Jika seluruh anggota badan murid yg kemalangan berada dalam atau menyentuh bas so murid ini boleh claim sims
11. Jika bas accident dan murid dalam bas tercampak keluar dr gas layak claim sims
12. Jika buat rombongan hanya guna bas sekolah yg di daftarkan dengan SPAD sebagai "bas sekolah" sahaja layak klaim sims jika kemalangan. Jika bas persiaran hanya boleh tpsm sahaja

maklumat lanjut boleh hubugi pegawai Takaful Malaysia En. Halim di talian 0133081792 atau emel ke halim.mohmad@takaful-malaysia.com.my