Tuesday, January 15, 2013

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 2013



PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 2013

Saya diarah menarik perhatian tuan, dengan hormatnya,  kepada perkara di atas. 

2.         Sehubungan dengan itu penyerahannya akan di adakan pada ketetapan berikut
            Tarikh               :           18 Januari 2013
            Hari                  :           Jumaat
            Masa                 :           10.00 pagi (sesi pagi) , 3.00 petang (sesi petang)
            Tempat             :           Bilik Darjah kelas masing-masing
            Kehadiran          :           Ibu dan Bapa / Penjaga (murid warganegara sahaja)

3.         Untuk makluman pihak tuan wang akan diserahkan kepada ibu / bapa /penjaga sahaja . Bagi yang mewakilkan, diharap dapat menyertakan surat pemberitahuan rasmi bagi mengelak sebarang kesulitan. Ibu / Bapa / Penjaga yang telah menerima wang tersebut boleh membawa pulang anak masing-masing pulang ke rumah.

4.         Ibu / Bapa / Penjaga dikehendaki membawa salinan asal atau salinan fotostat surat beranak murid bagi tujuan pengesahan kewarganeraan.

5.         Untuk maklumat berkenaan pelan lokasi kelas, boleh melayari laman blog Hal Ehwal Murid SK Taman Bukit Indah di www.hemsktbi.blogspot.com. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus melalui talian 0173829963 (Penolong Kanan HEM SK Taman Bukit Indah)